Sulit
5 tahun
Buku lali bengkak akibat terpelecok
Sy pernah terpelecok 8bln lps,pergi Klinik dan hosp gov utk buat xray,no fracture,tp bila Sy kerap berjlan buku lali Sy dan pergelangan kaki Akan membengkak dan menyukarkan utk Sy berjlan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
- Cedera/ koyak/radang pada struktur pada buku lali seperti tulang rawan, ligamen, tendon dan sebagainya.
Xray tidak begitu sensitif untuk digunakan bagi melihat struktur yang tercedera selain dari tulang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.