Sulit
3 tahun
Cara ubati tonsil stone
Saya wanita pertengahan 20an. Seminggu ni sakit tekak, tak teruk sangat. Sakit lebih pada bahagian atas tekak. Harini saya perasan ada biji warna putih/kuning dkt tepi tekak bila buka mulut. Daei carian google, kemungkinan tonsil stone.
Bagaimana saya boleh rawat tonsil stone di rumah tanpa removekan by my own? Saya takut nak remove sendiri. Boleh ke tonsil stone hilang naturally? Adakah tonsil stone akan terus effect tekak saya selagi ia masih ada?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya batu amandel atau jangkitan tonsil (kuman atau virus) menyebabkan keradangan pada tekak anda.
Sekiranya ia adalah batu amandel, ia tidak akan hilang sendiri, sebarang rawatan dan perubatan diperlukan. Batu amandel tanpa rawatan akan sering menyebabkan keradangan dan berisiko jangkitan tekak.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.