Sulit
3 tahun
Doc,kenapa dengan saya?saya nak sihat
Setiap hari pagi2 saya bangun mesti tiada tenaga…rasa lemah je badan.umo 25tahun. Kalau saya stres mulalah dada rasa penuh je dengan angin. Saya dh p klinik famili Dy bg ubat gastrik,tahan muntah,tahan sakit(saya xmakan)dengan ubat angin.selera makan kadang ada kadang xde.saya tidak sakit perut. Dy puya simptom saya rasa mcm xckup oxigen.padahal angin je. pagi ni je saya sendawa 12kali.perlu ke saya masuk hospital?xteruk an penyakit saya ni,doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah perut berangin dan mual. Untuk makluman anda, simptom-simptom lain yang dialami sekiranya anda dijangka untuk menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) atau Gastritits iaitu:
- Sakit perut atau pedih ulu hati
- Sukar untuk menelan
- Rasa masam atau pahit pada kawasan belakan mulut
- Sakit dada
- Rasa ketulan dalam tekak
- Loya dan muntah
- Rasa penuh pada bahagian atas perut selepas makan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini agar mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.