Sulit
2 tahun
Apakah Susu Marigold HL selamat dikomsumsi pesakit gastrik
Saya remaja berumur 16 tahun dan saya menghidap penyakit gastrik pada bulan ramadhan yg lalu.saya ingin mencari susu yg mempunyai kalsium dan protein yg tinggi dan apakah susu Marigold HL selamat dikomsumsi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya susu Marigold HL adalah selamat untuk diminum kerana anda mempunyai sejarah penyakit gastrik. Namun pihak kami tidak dapat memberikan jawapan yang spesifik kerana maklumat yang lebih terperinci adalah diperlukan. Kebanyakkan pesakit gastrik tidak dapat menerima susu kerana samada mereka alah kepada laktosa ataupun susu yang diminum tersebut berasid sedikit yang menyebabkan ketidak selesaan pada perut. Sekiranya anda ingin menggantikan susu untuk mendapatkan kalsium dan vitamin D, anda boleh mencuba makanan lain yang mempunyai khasiat ini yang lebih tinggi seperti tempeh, soya atau tauhu. Selain daripada makanan, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan ubat-ubatan jika perkara ini kerap mengganggu kehidupan seharian anda.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mengetahui tentang kesesuaian pemakanan agar perkara ini tidak berulang.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi