Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas / Pedih dada / sakit belakang badan / cirit birit
Saya berumur 35 ada penyakit gastrik…saya mengalami kesukaran bernafas…bila di tekan perut terasa pedih, dada menjadi perit dan sakit di bahagian belakang badan…dalam 4-5 harini saya kerap minum lemon. adakah lemon tu punca saya cirit birit? Pelbagai ubat gastrik saya dah cuba tapi tiada jalan penyelesaian… saya pernah dapatkan rawatan hospital check jantung ECG, x-ray dada dan pernah di masukkan camera dalam perut…next apoimnt pon makan masa. berbulan…apa yang perlu saya buat doc? adakah ada jalan penyelesaian untuk penyakit saya…harap doc dapat membantu. terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mempunyai penyakit gastrik melalui keterangan anda dan anda juga mengalami gejala seperti pedih di dada, sakit belakang badan dan cirit birit. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan gastrik namun ia juga boleh berpunca daripada perkara seperti:
- Memakan makanan yang tinggi asidik seperti buah sitrus secara berlebihan
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat aspirin atau ubat tekanan darah tinggi
- Merokok
- Berat badan berlebihan
Namun, ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- GERD
- Jangkitan pada usus
- Ulser perut atau usus
- Masalah jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.