Sulit
3 tahun
Tabiat saya suka keluar dengan perut kosong
Td saya keluar naik moto dengan perut kosong. Saya perasan dada gan tekak saya mcm panas.pastu saya rasa nak muntah(tapi xmuntah pun). bonggol2 di jalan tu yg buat saya rasa nak muntah.mungkin bonggol2 di jalan tu buatkan asid dlm perut saya melambung2.terasa xpuas bernafas pun ade td.hidung plak ade polip dengan hingus.lagi xpuas bernafas(nafas pakai mulut) pastu kena plak tu pakai mask.lagi xcukup udara. Saya ade soalan,acid dalam perut saya di paras normal atau terlebih acid?mcm mana nak tahu acid perut tu berlebihan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sering sendawa dan ingin muntah:
Berdasarkan keterangan anda, acid dalam perut anda mungkin tinggi kerana telah menyebabkan anda berasa tidak selesa pada bahagian dada dan tekak. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.