Sulit
3 tahun
Gastrik tidak pulih walaupun telah mencuba pelbagai alternatif
Assalaamualaikum & hai dr. Saya wanita berusia 20an dan sdg bekerja di sebuah pasaraya. Saya kerap mengalami sakit gastrik di tempat kerja berikutan waktu kerja yg tidak menentu. Saya ada mencuba beberapa alternatif untuk memulihkan gastrik seperti banyakkan minum susu, tapi perut saya semakin sakit. Tambahan pula, saya juga risau keadaan ini semakin teruk pada bulan puasa nanti. Boleh dr bantu saya? Terima kasih banyak atas nasihat dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit ini boleh dirawat sekiranya anda mengikuti nasihat doktor dan mengambil ubat dengan jadual yang dibagikan. Tiada sebarang petua yang dibukti berkesan dalam kajian saintifik, malah petua ini kadang kala boleh mendatangkan kesan sampingan dan memburukkan masalah gastrik kronik anda.
Untuk maklumat yang lanjut atau untuk mendapat ubatan dengan lebih mudah, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.