Sulit

3 tahun

Ejakulasi Awal & Penggunaan Ubat Kuat Lulusan KKM di pasaran

Hi doc. Saya berumur 31 tahun. Saya mengalami masalah ejakulasi awal apabila bersama dengan isteri dan tidak tegang. Saya bercadang untuk membeli ubat kuat lulusan KKM yg berada di pasaran sekarang. Mohon nasihat doc, adakah boleh memakai ubat tersebut dan apakah kesan masa panjang selepas pengunaan ubat kuat ini. Terima kasih doc.

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah ejakulasi pramatang, antaranya ialah:

  • Untuk jenis yang pertama iaitu ejakulasi pramatang primari, pesakit tidak dapat mengawal pancutan atau ejakulasi sepanjang hidupnya. Ia disebabkan oleh faktor keturunan atau masalah yang melibatkan gangguan di dalam sistem saraf.
  • Jenis yang kedua pula adalah kerana penyakit lain yang dihadapi lelaki. Antaranya adalah:
    • kadar hormon tiroid di dalam badan menjadi tinggi (hipertiroidisma)
    • radang pada organ prostat
    • masalah yang berhubung kait dengan psikologi seperti tekanan dan keretakan di dalam
      perhubungan dengan pasangan

Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah ini berlarutan.

Ubat penguat zakar digunakan untuk membantu pesakit dengan masalah ini. Kesan sampingan pula bergantung kepada ubatan yang diambil. Terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil bersama ubat ini. Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain terutamanya seperti glyceryl trinitrate (GTN) dan alpha-blockers, adalah sebaiknya anda merujuk masalah ini lebih lanjut kerana maklumat serta pemeriksaan yang teliti adalah dikehendaki sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Beberapa komplikasi boleh terjadi sekiranya ubat ini diambil bersama ubat-ubatan yang dicegah, adalah seperti:

  • Serangan jantung (Acute myocardial infarction)
  • Serangan angin ahmar (Stroke)
  • Mati (death) - Pada masa yang sama, rawatan bagi penyakit lain yang dihadapi juga perlulah disiasat supaya simptom ini boleh pulih.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

AdobeStock_98323105

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)