Sulit
3 tahun
Lemah tenaga batin n sakit jantung
Saya ade masalah cepat pancut,boleh ke sy makan ubat dapoxetine untuk sy lambat pancut dalam masa yg sama saya ade masalah jantung (unstable angina)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, masalah cepat pancut dikenali sebagai ejakulasi pramatang. Terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini.
- Untuk jenis yang pertama iaitu ejakulasi pramatang primari , pesakit tidak dapat mengawal pancutan atau ejakulasi sepanjang hidupnya. Ia disebabkan oleh faktor keturunan atau masalah yang melibatkan gangguan di dalam sistem saraf.
- Jenis yang kedua pula adalah kerana penyakit lain yang dihadapi lelaki .
- Antaranya adalah:
- kadar hormon tiroid di dalam badan menjadi tinggi (hipertiroidisma)
- radang pada organ prostat
- masalah yang berhubung kait dengan psikologi seperti tekanan dan keretakan di dalam perhubungan dengan pasangan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi merawat masalah ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana ubat-ubatan tersebut memerlukan preskripsi daripada doktor, terutamanya jika anda mempunyai masalah jantung. Pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ubat-ubatan yang digunakan untuk ejakulasi pramatang berfungsi mengurangkan sensitiviti zakar anda ataupun melambatkan proses orgasma seseorang lelaki.
Oleh itu, untuk mendapatkan rawatan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah