Sulit
3 tahun
Panjang Zakar tidak ideal dan ejakulasi pramatang
Saya baru berkahwin tahun ini dan dalam masa yg sama mengalami masalah zakar yang tidak ideal dan ejakulasi pramatang…apakah cara mengatasi masalah ini ? Saya bercadang untuk mendapat anak pada tahun ni…terima kasih doktor
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai saiz zakar anda dan juga masalah ejakulais pramatang. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memahami masalah anda mengenai saiz zakar anda. Namun, tidak ada definisi untuk saiz zakar yang ideal. Secara puratanya, lelaki di negara-negara Asia secara puratanya mempunyai saiz zakar (tidak tegang) 3.6 inchi. Mengenai ejakulasi pramatang, terdapat beberapa faktor psikologi dan faktor kesihatan yang boleh menyebabkan masalah ini.
Faktor psikologi :
- Kurang keyakinan diri
- Kekurangan pengalaman seksual
- Hubungan baru
- Stres hubungan
- Isu berkaitan kawalan dan keintiman
Faktor kesihatan :
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit prostat
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
Kami amat menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor mengenai masalah anda supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah