srslyyou1
3 tahun
Pramatang Ejakulasi dari melancap
Saya berumur 13 tahun, saya selalu melacap 2-3 kali sehari ikut saya punya mood. Saya selalunya pancut dalam masa 3 minit atau lebih. Keesokannya saya pancut dalam masa beberapa saat sahaja. Saya sudah berhenti melancap dekat dua hari dah adakah ia dapat merawat “Pramatang Ejakulasi” ini? saya tidak mahu memberitahu ibu bapa saya dan sangat kesal dengan perbuatan saya. Saya telah baca beberapa forum dimana mereka mengatakan bahawa saya dilarang berhenti melancap kerana ia hanya akan terukkan situasi. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Mengurangkan kekerapan masturbasi.
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.