Sulit
4 tahun
Bolehkah urutan bagi menangani masalah Ejakulasi pramatang
Saya lelaki berumur 35 tahun. Masalah saya sejak kebelakangan ini ialah ejakulasi berlaku terlalu cepat tidak seperti sebelum ini walau pun sebelum ini juga boleh dikatakan berlaku ejakulasi pramatang.
Sebelum ini, ejakulasi pramatang berlaku ketika alat sulit saya memasuki faraj isteri iaitu tidak sampai 3 minit dayungan. Namun, kali ini, ejakulasi pramatang itu berlaku di awal-awal rangsangan iaitu sebelum alat sulit memasuki faraj isteri (oral).
Bagaimanakah untuk merawat kepada masalah ini? Bolehkah urutan dilakukan? Atau hanya perlu makan ubat sahaja. Untuk makluman doktor, saya tidak mengalami sebarang tekanan, masalah, atau penyakit-penyakit lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, ejakulasi pramatang adalah salah satu perkara yang biasa dilaporkan oleh kaum lelaki. Kami perlu mengetahui lebih banyak maklumat untuk mengenalpasti punca masalah anda. Masalah ini disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- Hubungan baru
- terlalu banyak rangsangan
- stres hubungan
- kebimbangan
- perasaan bersalah atau kekurangan
- kemurungan
- isu berkaitan kawalan dan keintiman
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat
Namun begitu ini hanya pandangan kami mengapa anda mengalami masalah ejakulasi. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah anda.
Antara cara untuk mengatasi masalah ini adalah:
- kaunseling
- ubat antidepresan
- ubat dapoxetine
- terapi topikal
- terapi di rumah: Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah. Terima kasih.