Sulit
3 tahun
Rawatan enjakulasi pramatang
Ubat apa yang perlu saya ambil
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Ubat yang boleh diambil untuk suatu masalah sebegini hanya boleh diberikan oleh seseorang doktor selepas pemeriksaan kesihatan anda.
Dalam kebanyakan kes, ejakulasi pramatang adalah disebabkan oleh faktor psikologi dan mempunyai prognosis yang baik. Walaubagaimanapun, jika masalah itu membimbangkan, doktor boleh mengesyorkan kaunseling daripada ahli terapi yang pakar dalam hubungan seksual, ataupasangan terapi
Beberapa ubat yang disarankan oleh doktor dapat membantu sesetengah lelaki atasi masalah pancutan pramatang dengan cara menunda ejakulasi.
Rawatan di rumah untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah ini adalah
- Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.
- Penyelidik telah mendapati bahawa latihan Kegel, yang bertujuan untuk menguatkan otot bawah pinggul, boleh membantu lelaki dengan ejakulasi pramatang seumur hidup. Antara terapi fizikal yang boleh dijalani adalah:
- fisio-kinesioterapi untuk mencapai penguncupan otot
- elektrostimulasi lantai perineum
- “biofeedback” yang membantu mereka memahami bagaimana mengawal kontraksi otot di lantai perineum
Sekiranya masalah ejakulasi pramatang masih terjadi walaupun telah mencuba beberapa cara untuk atasi isu ini, anda haruslah berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya supaya ia tidak menjejaskan hubungan seksual anda dengan pasangan anda.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor untuk nasihat selanjutnya dan untuk mengetahui jikalau anda memerlukan ubat untuk merawat keadaan anda.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih.