Sulit
3 tahun
Ejakulasi pramatang. Saya lelaki berumur 29tahun. Saya ada masalah ejakulasi dalam masa yang singkat (kurang 3minit) ketika bersama dengan isteri. Apa ubat yang boleh membantu mengatasi masalah saya
Saya lelaki berumur 29tahun. Saya ada masalah ejakulasi dalam masa yang singkat (kurang 3minit) ketika bersama dengan isteri. Apa ubat yang boleh membantu mengatasi masalah saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah ketegangan ataupun ereksi yang terlalu awal dan mudah mencapai ejakulasi dalam masa yang singkat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya keadaan ini pada lelaki seperti :
- Gaya hidup yang tidak sihat, merokok
- Berat badan berlebihan
- Penggunaan dadah terlarang
- Trauma kepada alat kelamin
Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
- Mati pucuk
- Ejakulasi pramatang
Untuk mengetahui jenis ubatan dan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini, pemeriksaan dan penilaian oleh doktor perlu dilakukan. Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih