Sulit
2 tahun
Gastrik dan panic attack teruk
saya umur 23 tahun . saya ada masalah kesihatan kronik iaitu ITP dan mental iaitu bipolar disorder with bpd . saya skrg ada masalah drpd segi kesihatan saya . saya ada gastrik . saya makan ikut masa . pagi makan berat , tengah hari dan malam juga makan makanan yg berat . tapi sejak akhir2 ni , bila saya jaga makan , saya masih lagi gastrik dan sangat sakit . setelah itu , saya juga kerap minum kopi & nescafe . tiga minggu juga saya minum kopi . sehari saya minum 3 kali .
soalan saya , adakah gastrik berulangan tersebut disebabkan kopi walaupun saya dah jaga masa makan ? efek sampai saya terkena panic attack yg teruk dan rasa pitam .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kopi adalah minuman yang sangat perlu dielakkan jika mempunyai masalah berkaitan perut seperti gastritis. Kafein dalam air kopi mungkin membantu menyegarkan mata anda, namun kopi juga adalah jenis minuman yang tinggi kandungan asidnya. Jika anda mengambilnya dengan jumlah yang kecil, ia mungkin tidak memberikan kesan yang buruk kepada perut anda. Namun, jika anda mula merasakan simptom seperti pedih pada perut, kurangkan pengambilannya atau hentikan terus daripada meminum kopi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.