Sulit
3 tahun
Hypotyriod positive covid19
Salam doc…saya berumur 29tahun…saya ada penyakit hypotiriod dan saya positive covid19…simptom covid sekarang semua sudah ada cuma batuk dan sakit tekak blm lagi…Dan sejak result positive saya skip ubat thyroxine sebab bila makan dan minum semua akan muntah balik…bln lepas saya mengalami kesakitan yang amat sakit di perut dan menyebabkan saya pengsan kerana low calsium…perut saya sakit di tengah2 mencucuk2 hingga jatuh pengsan…apakah kesan yang terjadi bila saya skip ubat thyroxine dalam masa kuarantin covid atas diri saya dan masa akan datang?mohon sangat doktor jelaskan?saya memang tak lalu nak makan ubat pape pon masa sekarang ini sebab takut muntah…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda adalah seorang pesakit hipothyroid dan sudah tidak mengambil ubat yang diberi. Kini anda perlu kuarantin kerana Covid-19 dan ingin tahu kesannya terhadap kesihatan anda. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda. Hipothyroid adalah penyakit yang memerlukan ubat seumur hidup. Hal ini kerana, kekurangan hormon thyroid tersebut perlu diganti. Keadaan hipothyroid juga menyebabkan tahap immunisasi rendah di samping simptom hipothyroid yang lain. Menjadikan mereka lebih mudah untuk dijangkiti serta mengalami masalah serius daripada jangkitan. Tuntasnya, meninggalkan ubat Thyroxine amatlah tidak digalakkan.
Oleh itu, kami menyarankan agar anda berbincang perkara ini dengan doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Dapatkan nasihat perihal kesan sampingan ubat tersebut serta dos yang sepatutnya untuk mengatasi simptom yang anda alami.
Harap jawapan di atas dapat membantu anda.
Terima kasih.