Sulit
3 tahun
Saya pesakit thyroid
Saya baru menambah dos ubat Carbimazole disebabkan HyperThyrodism sy yg agak tinggi. Saya kena makan 9biji dalam sehari. Da makan 4hari saya rasa mata saya sembab. Adakah akan menyebabkan mata tertojol atau disebabkan pengambilan ubat thyroid itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang contoh. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya Hipertiroidisme atau Hyperthyroidism merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi terlebih aktif sehingga menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Hipertiroidisme ini lazimnya memberikan gejala seperti
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar atau cemas
- Kadar degupan jantung meningkat (tachycardia)
- Mudah berpeluh dan panas
- Berat badan menurun
- Lesu dan cepat berasa letih
Untuk pengetahuan anda, Hipertiroidisme yang tidak dirawat berisiko untuk berlakunya komplikasi yang serius seperti
- penyakit jantung
- brittle bone
- gangguan penglihatan (i.e. mata merah, terbonjol, bengkak) - Grave’s disease
- thyrotoxic crisis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah dianjurkan oleh doktor anda, dan merujuk ke doktor sekiranya gejala masih berterusan atau bertambah parah.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.