Sulit
3 tahun
Thyroid Normal tapi Membengkak
Saya perempuan 35thn. Saya ada thyroid dan sudah check/scan di klinik, tapi ia normal dan perlu dibuang cara pembedahan sebab membengkak. Tapi buat masa skg, saya belum buat pembedahan itu lagi. Soalannya di sini, bolehkah saya ambil WHEY PROTEIN (isolate)?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin tahu sama ada bolehkah anda mengambil suplement whey protien sebelum pembedahan kalenjar tiroid anda yang bengkak. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana kami tiada maklumat yang lengkap tentang keadaan tiroid dan sejarah kesihatan anda, adalah sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan atau saranan tentang perkara ini.
Namun, anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang suplement tanpa nasihat doktor.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami dapat mengenal pasti keadaan anda dengan lebih lanjut dan memberikan nasihat yang sesuai.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Dietitan.