Sulit
3 tahun
Badan kerat panas tapi suhu badan tidak menunjukan tanda demam, adakah itu salah satu tanda2 penyakit hyperthroid
Saya wanita 23thn, saya pernah dimasukkan wad dengan tanda degupan jantung laju,doc sahkan saya hyperthroid, tapi kaliini terjadi dengan kepanasan badan terlalu panas , tetapi tidak demam, boleh doc bagi keterangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu badan terasa panas.
Hipertiroid simptom merangkumi banyak sistem tubuh badan dan juga organ. Hal ini kerana, hormon ini disampaikan melalui saluran darah dan memberi impak kepada organ sekeliling. Antara simptom yang akan dihadapi oleh pesakit adalah seperti berikut:
- Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
- Masalah ritma jantung yang tidak sekata
- Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
- Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
- Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
- Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
- Mengalami masalah sukar untuk tidur
- Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
- Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
- Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
- Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
- Mengalami penipisan kulit
Pesakit yang mengalami masalah hipertiroid tidak nhanya menunjukkan simptom malah terdapat beberapa tanda secara fizikal yang juga berlaku keatas mereka. Sebagai contoh:
- Pembesaran atau kelenjar tiroid kelihatan bengkak
- Bacaan tekanan darah meningkat
- Jantung berdegup dengan kencang
- Rambut berkurangan
- Biji mata kelihatan terkeluar
- Kulit pesakit terasa suam dan berpeluh
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.