Sulit
3 tahun
Leher bengkak di bahagian depan
Saya wanita berumur 44 tahun masalah saya selalu penat tak cukup nafas bila buat sesuatu kerja seperti baik tangga tingkat 1 pun saya mengah macam berlari 100m pecut. Bahagian depan bawah leher saya juga bengkak tapi tak sakit, saya juga selalu mengalami pendarahan hidung tanpa sebab. Mata saya agak sedikit besar berbanding sebelum. Apa saya perlu buat doctor adakah leher dan mata saya boleh pulih seperti biasa.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda bengkak pada bahagian, lelah menaiki tangga serta bengkak pada mata. Kini anda risau sama ada simptom tersebut boleh hilang jika melalui rawatan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda nyatakan sememangnya selari dengan penyakit tiroid. Namun begitu, ia boleh hilang jika mengikuti rawatan yang betul. Bergantung kepada saiz, jenis serta tahap serius sakit tiroid anda doktor akan memberi beberapa pilihan rawatan. Antaranya adalah pembedahan atau radioterapi. Kebiasaannya anda mungkin perlu mengambil ubat tiroid setelah prosedur tersebut.
Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis yang tepat kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal daripada anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.