Sulit
3 tahun
Penyakit tiroid dan cara untuk sembuh
Saya wanita dalam 20an mempunyai sakit tiroid. Leher membengkak dan mata membesar . Jika saya mendapat rawatan adakah mata saya kembali normal ? Ada cara untuk sembuh tak doktor ? Saya tkde keyakinan nk jumpa orang2 dkt luar sana
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala leher bengkak dan mata membesar adalah gejala umum untuk penyakit tiroid. Hormon tiroid yang berlebihan akan menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid di hadapan leher, kelemahan otot dan penyahmampatan lemak mata menyebabkan gejala anda.
Sekiranya penyakit tiroid anda dikawalkan, gejala ini juga dapat dikawalkan dan sembuh.
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut untuk menjalankan sebarang periksaan dan penyelidikkan supaya rancangan rawatan yang sesuai boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Endokrinologi.