Sulit
3 tahun
Letih dan tidak mempunyai tenaga
hello doktor,saya perempuan 16 tahun.Saya mempunyai masalah gastrik yang teruk dan kerap sakit dada disebabkan oleh angin.Doktor bagitahu saya mempunyai hyperthyroid kerana degupan jantung saya terlalu laju 110 per minit.Doktor sudah mengambil darah saya untuk membuat ujian hyperthyroid.Berat badan saya turun 5kg dan saya kerap letih,tidak mempunyai tenaga dan hilang selera makan.Persoalan saya,adakah pesakit hyperthyroid tidak mempunyai tenaga dan cepat letih?Jika saya mengambil vaksin,adakah ia akan memudaratkan lagi kesihatan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami persoalan anda dan kami akan cuba menjawapnya.
Untuk makluman pihak anda, Hipertiroid simptom merangkumi banyak sistem tubuh badan dan juga organ. Hal ini kerana, hormon ini disampaikan melalui saluran darah dan memberi impak kepada organ sekeliling. Antara simptom yang akan dihadapi oleh pesakit adalah seperti berikut:
- Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
- Masalah ritma jantung yang tidak sekata
- Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
- Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
- Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
- Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
- Mengalami masalah sukar untuk tidur
- Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
- Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
- Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
- Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
- Mengalami penipisan kulit
Pesakit yang mengalami masalah hipertiroid tidak nhanya menunjukkan simptom malah terdapat beberapa tanda secara fizikal yang juga berlaku keatas mereka. Sebagai contoh:
- Pembesaran atau kelenjar tiroid kelihatan bengkak
- Bacaan tekanan darah meningkat
- Jantung berdegup dengan kencang
- Rambut berkurangan
- Biji mata kelihatan terkeluar
- Kulit pesakit terasa suam dan berpeluh
Untuk menjawab soalan anda, ya kebiasaannya pesakit hyperthyroid akan cepat letih. Namun begitu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian tentang gejala anda. Berkenaan dengan pengambilan vaksin, perkara ini juga harus dirujuk dengan lebih lanjut untuk mengetahui keselamatan pengambilan vaksin ini buat anda. Anda boleh berhubung dengan kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.