Sulit
2 tahun
Jantung laju, Badan kebas-kebas, Rasa nak pitam
Saya wanita, 31, bermula dari demam (sakit2 badan) tp suhu badan normal, bila buang air besar (cirit/air) berterusan smpi hari ke3…hari ke4 buang air besar lg kerap 3-4kali, dan mula rasa nak pitam, jantung laju, badan meremang sejuk tp bju basah berpeluh, hari ke5 - hari ke6 jantung masih laju, nafas pendik, badan berpeluh, otot2 cramp, hari ke7 saya pergi ke klinik kesihatan berdekatan, doc check ECG/ darah/ ujianDASS/ upt-
sejarah kesihatan saya sewaktu mengandung anak sulung tahun 2020 - darah rendah , dan vaksine sinavac 1st & 2nd dose 12-july/2-aug-2021, booster 3rd dose pfizer 9-dec-2021
result klinik kesihatan hari ke7(ECG- normal, darah- 11.6, ujianDASS- anxiety teruk-9, upt- -ve, doc bg appoinment kauseling, next tarikh untuk amik darah (check tonsil) dan mc
hari ke8 saya masih rasa jantung laju, nafas pendik/mengah, bdan cramp, rasa nak pitam dan ganggu waktu kerja saya…
apa yang perlu saya buat lagi?
perlukah saya buat full checkup klinik / hospital?
adakah ini symptom vaksine booster?
adakah saya menghidap anxiety?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, antara tanda-tanda dari anxiety adalah:
- Tubuh berpeluh atau gementar
- Kelelahan
- Wajah atau pipi menjadi merah
- Detak jantung menjadi lebih cepat
- Sakit kepala
- Sukar bernafas
Kembali kepada soalan anda, anda sudah hampir sebulan mangambil vaksin booster anda. Oleh itu, gejala yang anda hadapi tidak mungkin berpunca daripada kesan vaksin booster anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.