Sulit
3 tahun
Jatuh tandas dan sakit belakang
Hi, saya nak tanya pasal ayah saya. Dia merupakan pesakit CKD dan sedang menjalani rawatan peritoneal dialisis. Dua bulan lepas dia jatuh terduduk di dalam tandas. Pada mulanya dia ok,
boleh berjalan, duduk dan baring seperti biasa. Tetapi dua minggu ini, dia tidak boleh baring dan duduk dalam keadaan biasa. Dia sering mengadu sakit belakang dan duduk secara membongkok kerana itu ada posisi yang paling dia selesa dan kurang sakit. Saya sudah buat Xray atas saranan doktor dan doktor kata tulang belakang dia normal dan tiada retak cuma ada ketulan-ketulan putih dan kemungkinan jangkitan kuman. Doktor bagi ubat antibiotik dan tahan sakit tetapi masih tidak membantu. Apa yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa ayah anda sudah 2 bulan mengadu sakit belakang selepas jatuh teruduk di tandas. Beliau sudah menjalani x-ray, menunjukkan tiada keretakan dan diberi ubat tahan sakit. Namun, simptom ini berterusan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, imbasan x-ray hanya menunjukkan keadaan tulang pesakit serta keadaan umum organ-organ tertentu. Bagi mendapatkan imej serta informasi lebih baik, kami sarankan agar ayah anda mendapatkan imbasan CT atau MRI.
Imbasan MRI akan menunjukkan tisu pada bahagian belakang. Hal ini kerana, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan pada cakera intervetbra yang boleh dilihat oleh MRI. CT pula boleh memberikan gambaran penuh keadaan saraf tunjang ayah anda. Jangkitan pada tulang juga boleh dilihat dengan lebih jelas menggunakan dua imbasan ini.
Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat kerana tiadanya imej imbasan tersebut. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi pakar kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.