Sulit
3 tahun
Sakit pinggan hingga kaki
Saya wanita berumur 22 tahun,Rutin kerja sana hampir hari mengangkat barang yang berat.Start dari minggu lepas sy mengalami sakit di bahagian pinggang dan rasa sakit itu rasa sampai ke kaki sebelah kanan,semasa tido atau waktu duduk sakit itu semakin lama semakin sakit.Sy jugak mempunyai sejarah sakit pinggang semasa tingkatan 5
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami sakit belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit belakang adalah sesuatu perkara yang sering dialami oleh orang ramai. Ia boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Postur badan yang tidak betul
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Prolapsed intervertebral disc
- Scoliosis atau kyphosis tulang
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
Sakit belakang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk semasa mengangkat barang berat, membongkok atau semasa berjalan atau berdiri. Untuk mendapatkan rawatan bagi sakit belakang anda, doktor perlu menyiasat puncanya terlebih dahulu.
Anda boleh merujuk kepada doktor pakar tulang kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai masalah ini dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.