Sulit
2 tahun
Saya mengalami sakit belakang
Doktor saya mengalami sakit belakang dan tak boleh angkat barang berat.sebelum ni saya pernah jumpa dengan doktor dan doktor bagi saya ubat mecomin.saya pernah makan ubat tu .ubat tu dapat mengurangkan sakit saya tapi cuma sekejap saja dalam tempoh 2 minggu atau 3 minggu macam tu.lepas tu ubat tu saya makan,macam dah.tak berkesan kurangkan sakit belakamg saya…saya dulu pernah accident jatuh motor dan belakang tu mcm terhentak kuat.jadi apa patut saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!