Sulit
3 tahun
Benjolan pada belakang badan
Saya seorang lelaki 20an, terdapat benjolan pada belakang badan tetapi tidak rasa sakit sekiranya dipegang atau tidak. Namun terdapat juga benjolan kecil pada atas buku lali sekiranya dalam posisi bercangkung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Lipoma - gumpalan tisu lemak dan tidak berbahaya
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Ganglioma - bengkakan tisu saraf
- Alahan dari gigitan serangga
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.