Sulit
2 tahun
Sakit belakang pid
Saya baru sahaja 6 bulan buat pembedahan tulang belakang L3/L4 , L4/L5 S1 , memasukkan 2 biji implan Spacer . Saya terima maklum tidak dapat buat 3 perkara dengan baik iaitu duduk lama , membongkok lama , mengangkat berat tidak lebih 10kg. Soalan saya , sampai bila kah masalah ini akan berlaku dan adakah saya boleh pulih seperti sediakala jika saya disiplin . dan perkara ini berbangkit kembali kerana saya seperti tidak normal dalam menjalani kehidupan seharian selepas pembedahan itu . Saya tertekan dengan gaya hidup yg terbatas ini . Juga saya sering sakit kembali di tempat pembedahan dan lemah badan, ya saya ada melakukan kerja berat di tempat kerja , saya di minta utk membuat MRI sekali lagi kerana pakar mengesyaki Spacer mungkin beralih dan terkena saraf tunjang. boleh saya tahu jika kes saya ini memerlukan pembedahan sekali lagi jika pembedahan sebelum ini dianggap gagal . tolong saya stress .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, jika implan anda telah bergerak, mungkin pembedahan diperlukan untuk mengelakan daripada terkena saraf- saraf anda.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.