Sulit
2 tahun
Sakit bekakang di bahagian atas
Saya wanita 18 tahun. Badan saya sering berasa sakit ketika saya ingin melompat , hampir tergelincir , ketika baring , angkat barang walaupun tak berapa nak berat sangat , even kalau orang tepuk dahi saya mesti badan akan rasa sakit juga "( sukar bagi saya untuk melakukan apa-apa kerja @ sebarang aktiviti
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang terseliuh
- Sakit otot yang lain
- Masalah tulang belakang- selepas cedera, dll.
- Postur duduk / diri / tidur yang tidak betul
- Isu berkaitan sistem saraf
- Tulang rawan tergelincir (Slipped disc)
Bagi memberikan nasihat dan menentukan penyakit ini, pemeriksaan yang lebih teliti harus dijalankan. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.