Sulit
3 tahun
Sakit tulang belakang dan perut bahagian bawah
saya seorang wanita beumur 25 tahun dan sudah berkawin, saya mempunyai masalah sakit tulang belakang di ikuti dengan sakit di bahagian takap kaki… adalah ini sesuatu perkara biasa? kebiasaannya sakit tulang belakang di bahagian pinggang… sering terasa sakit bila saya banyak berjalan atau berdiri dalam tempoh yang lama. slain itu, saya juga sering merasa sakit pada bahagian sekitar bahagian bawah perut… terutamanya ketika bagun dari cangkung terasa seperti sesuatu menekan di bahagian bawah perut
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.