
Sulit
5 tahun
Kaki bengkak bernanah
Hai saya ingin bertanya berkenaan cara untuk merawat kaki yg tiba2 bengkak n selepas beberapa hari keluar benjol n air dri benjolan tersebut…perkara ini terjadi terhadap bapak sy yg berusia 67 tahun…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kaki bengkak bernanah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- cellulitis keradangan kulit akibat jangkitan
- osteomyelitis keradangan tulang dan otot
- abses
- acute gout
Sebetulnya, tiada perawatan mudah untuk masalah ini. Hal ini kerana, pada orang tua masalah ini sering timbul bersamaan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis yang juga perlu diatasi sebelum merebak dan memburuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.