Sulit
2 tahun
Kaki patah pakai gips
Seminggu yang lalu saya patah tulang tibia bawah lutut jadi doktor pakaikan gips dalam masa terdekat ni tumit saya macam sakit melecet bahagian tumit dan panas pedih sakit sangat bagaimana tu ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan sakit di bahagian tapak kaki anda disebabkan oleh faktor berdiri dalam jangka masa yang panjang.
Namun terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan terjadinya perkara ini. Antaranya :
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.