Sulit
3 tahun
Kekeliruan tentang pengambilan Vitamin C dalam bentuk pil
Hai doc…sya sekarang mengambil vitamin C 1000mg per day…sya msh keliru dgn pengambilan vitamin C…apa yg saya baca, 400mg vit c yg hanya di serap dan yg selebihnya akan keluar melalui urine…kalau sya mengambil 3 biji pil vit c per week okay x?
Diharap kekeliruan saya dapat terjawab.
Terima Kasih😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kekeliruan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, dos vitamin C yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari dan maksimum 2,000 mg sehari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan gejala berikut:
- Cirit birit
- Loya
- Muntah
- Pedih ulu hati
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sukar untuk tidur
Selain daripada suplemen, anda juga mungkin tidak sedar bahawa bebrapa jenis makanan telah kaya dengan vitamin C seperti:
- Brokoli
- Betik
- Jambu batu
- Bunga kobis
- Nanas
- Kiwi
- Kale
- Lada benggala
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Anda tidak perlu terlalu bergantung kepada tablet vitamin C sekiranya tiada indikasi khusus daripada doktor. Makanan yang anda ambil seharian sudah memadai untuk memberikan tenaga dan vitamin C.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Terima kasih.