Sulit
2 tahun
Keluar lendir ketika kencing dan terasa sakit di kemaluan ketika kencing
Saya lelaki umur 26 tahun. Saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan saya dapati ada lendiran keluar. Apakah punca nya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah kencing keluar lendiran dan sakit ketika kencing, antaranya:
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia dan gonorrhoea
- Jangkitan pundi kencing atau saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.