Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna coklat seminggu selepas period. Adakah ia normal?
Normal ke dr kalau saya ada keputihan seminggu selepas period? Dan keputihan itu brwarna coklat. Saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah keputihan coklat ataupun pendarahan berwarna coklat seminggu selepas haid. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gangguan stress
- Penggunaan ubat tertentu
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
- Telalu sibuk dan aktif
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih