Sulit
3 tahun
Period hamil 2 minggu bersetubuh dengan suami keluar darah coklat
Saya baru khawin 2bulan .lepas tu hamil dua minggu …saya baru habis period untuk bulan pertama, lepas habis period saya bersetubuh dengan suami . Berapa jam kemudian bila kencing keluar darah , lepas tu berwarna coklat . Apa perkara ni berbahaya untuk kandungan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pendarahan coklat beberapa jam selepas melakukan hubungan seks. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Sebagai pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan coklat. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk, kehamilan dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tentang tahap kesihatan anda dan juga kehamilan.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.