Sulit
3 tahun
Darah haid yang tidak pasti sama ada haid atau darah istihadah
Hi doc, saya berumur 14 tahun dan setakat ini kitaran haid berjalan seperti biasa, selepas 15 hari daripada kali terakhir saya haid,semalam saya keluar darah dan tidak pasti mengapa
Bila saya cek pad warna mcm coklat2
Adakah ini darah istihadah ataupun haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat selepas 15 hari haid.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat atau kehitaman, boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.