Sulit
3 tahun
Period tidak teratur, darah berwarna hitam coklat belaku pada bulan oct dan sbelum bln oct saya tidak period ,darah kluar tidak normal hanya kluar tiba tiba atau saya bersenam ringan dan berterusan sampai 2 minggu
Hai doctor,
Saya baru brusia 23thun & blum berkahwin ,masih dara btw
Period saya kadang sbulan x dtg lpastu period mcm biasa shingga bln jun normally until bln oct tu saya period lain dr yg biasa sbb period saya hitam kcoklatan berbintil dan hanya kluar apabila saya bersenam atau kluar sendiri tiba"
kputihan saya xda langsung tpi x la kering sangat mcm biasa, gatal pun tidak bau pun tak kuat ,nak kata sakit pun tak. Usually klau dtg period muka naik jerawat ,buah dada bdenyut, blakang sakit and a bit flirty, skrg saya tidak rasa smua simptom nak period tu.saya risau smpai nk stress takut hal yg tak di ingini blaku…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah haid yang tidak teratur dan keluar darah haid yang coklat. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda terlambat atau tidak seperti sebelumnya. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid terlambat yang disertai darah warna kecoklatan. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Jangkitan pada kelamin
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan atau kehamilan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui punca sebenar dan menerima rawatan yang tepat.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.