Sulit
3 tahun
Bergiat active akan menyebabkan masalah keluar darah atau lendir coklat atau penyebab lain ? Dan ibu saya juga penghidap kanser servik stage 4 . Jadi apakah yang boleh diulaskan di sini?
Saya wanita berusia 19 tahun dan saya mengalami keluar lendir berwarna coklat dan kdg ii ketulan darah selepas saya bergiat active utk diet seperti workout and jogging . Mak saya juga merupakan penghidap kanser servik stage 4 . Jadi apa tindakan sewajarnya saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui tindakan yang sewajarnya anda lakukan berikutan gejala keluarnya lendir serta ketulan berwarna coklat yang anda alami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, pendarahan serta ketulan coklat yang keluar biasanya dapat dikaitkan dengan beberapa hal, seperti:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Akan tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.