Sulit
3 tahun
ESCAPELLE pill work after period
Saya wanita umur 29, saya melakukan hubungan dengan suami selepas period hari ke 3, saya telah mengambil escapelle ecp pill dalam 24jam, selepas 12 hari iaitu minggu ketiga sebelum period , saya mengalami light bleeding brown discharge selama 5 hari…saya risau adakah itu tanda kehamilan atau ganguan hormone dimana bleeding lebih awal…harap doctor jelaskan penerangan ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda bimbang akan gejala pendarahan coklat (brown discharge) yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, jika anda mengalami haid (period) setelah berhubungan seksual, risiko anda untuk mengandung adalah rendah.
Lazimnya, pendarahan coklat dapat dikaitkan dengan beberapa hal, termasuk:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih