
Sulit
3 tahun
Darah period berwarna coklat selepas keguguran
Untuk makluman doktor saya baru keguguran pada 12 april lalu dan darah keluar selama 14 hari. Pada 10 mei saya period seperti biasa selama 7 hari dan pada 9 jun keluar darah berwarna coklat tapi tidak banyak seperti period sehingga hari ni…adakah ini darah period atau bukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan coklat selepas keguguran berlaku.
Secara umumnya, punca pendarahan coklat yang adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.