Sulit
5 tahun
Kutil kelamin pd alat sulit
Sy berumur 28tahun n mempunyai masalah kutil kelamin di bahagian bwh kepala penis…boleh doktor sarankan rawatan yang efektif dan cara menghindari dari kutil kelamin seperti ubat sapu atau pil?tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kutil dapat diatasi dengan menggunakan krim. Selain itu, masalah kutil juga boleh dilakukan pemotongan oleh doktor pakar kulit (dermatologist).
Bagaimanapun, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.