rozy.ita
2 tahun
Penyakit hpv dan hepatitis B
Doktor, adakah penyakit hpv sama bahaya dgn hepatitis B?
adakah simptom juga sama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, penyakit HPV ialah jangkitan virus yang sering djangkiti oleh golongan muda dan ia dijangkiti melalui hubungan seksual. Gejala yang dihadapi oleh pesakit yang menghidap HPV ialah terdapat ketuat di alat sulit. Kebanyakan kes akan sembuh secara sendiri. Namun, ia boleh memberi komplikasi pada jangka masa panjang seperti kanser serviks.
Bagi penyakit hepatitis B, ia merupakan jangkitan virus yang boleh menyebabkan radang hati, parut di organ hati (Liver Cirrhosis) atau kegagalan fungsi organ hati (Liver failure) jika anda tidak mendapat rawatan yang bersesuaian. Kebanyakan pesakit tidak memiliki sebarang simtom namun ia boleh memberi gejala seperti kuning, muntah, koma atau perubahan personaliti jika tidak dirawat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.