azlinahlin133
4 tahun
Masalah ketuat kelamin wanita mengandung
sya wanita mgandung…mengalami ketuat kelamin…bagaimanakah utk merawat ketuat tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit yang mirip ketuat kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal
- Kutil kelamin
- Jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis
Memandangkan anda sedang hamil, sebelum mulai pengubatan, sebaiknya anda konfirmasi dulu kondisi penyakit sebenar anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.