Sulit
5 tahun
Ketuat kelamin pada zakar
Saya seorang lelaki dan mengalami masalah ketuat kelamin. Apakah saya perlu buat untuk membuang ketuat kelamin ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ketuat dapat diatasi dengan menggunakan krim. Selain itu, masalah ketuat boleh dilakukan pemotongan oleh doktor pakar kulit (dermatologist). Untuk HPV, tidak terdapat sebarang ubat makan yang boleh mengubati virus tersebut.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.