Sulit
4 tahun
Saya mempunyai kutil kelamin di bahgian alat sulit.. berapa kos untuk buang kutil tersebut?
berapa kos untuk buang kutil kelamin? saya berasa tidak selesa ketika bersama dengan pasangan dan menyebabkan kegatalan di bahgian alat sulit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Namun, masalah kutil tidak terhad disitu sahaja. Sekiranya kutil anda timbul akibat virus HPV, maka penatalaksanaan lanjut seperti vaksinasi harus diberikan kerana jangkitan HPV berisiko besar menyebabkan kanser serviks pada wanita.
Secara umum, masalah kulit yang mirip kutil kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal
- Kutil kelamin akibat jangkitan virus HPV
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.