Sulit
5 tahun
Suntikan HPV bagi lelaki
Adakah suntikan HPV dapat menghilangkan pnyakit wart bahagian anus? Selaian ubat sapu adakah ubat makan yang boleh diambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selain ubat krim, masalah ketuat boleh dilakukan pemotongan oleh doktor pakar kulit (dermatologist). Untuk HPV, tidak terdapat sebarang ubat makan yang boleh mengubati virus tersebut. Selain itu, suntikan HPV adalah untuk tujuan vaksinasi yang mana bermaksud ia bertujuan untuk mengelakkan kejadian penyakit.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.