Sulit
5 tahun
Penjelasan mengenai HPV
saya wanita dlm 30’ an dan saya nak bertanya berkenaan penyakit HPV. simptom² HPV, tindakan susulan kalau dah tahu ada simptom² tersebut. adakah dengan mengambil vaksin akan tercegah dari HPV? atau sebalik nya? minta penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, virus HPV tidak membuat gejala atau mendatangkan bahaya dalam masa terdekat. Akan tetapi, sekiranya dibiarkan ia akan berpotensi menyebabkan kanser seperti kanser pangkal rahim dan dubur. Tambahan pula, buat masa kini belum ada pemeriksaan darah untuk mendeteksi virus ini. Justeru, sekiranya anda mempunyai kesedaran tentang HPV, sebaiknya anda mendapatkan vaksinasi HPV agar dapat mengelakkan kejadian penyakit. Silakan untuk mengunjungi klinik berdekatan dan menjadualkan temujanji untuk vaksinasi.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.