Sulit
3 tahun
Kuman HPV Dan suntikan
Saya wanita berumur 37,saya baru Lepas buat ujian pad smaer, keputusan Dari ujian pad smaer itu sy telah Di jangkiti kuman HPV, soalan saya bolehkah saya mengambil vaksin HPV setelah saya dapati Diri saya kuman jangkiti HPV.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perlu diambil vaksin walaupun keputusan hpv mengesahkan anda dijangkiti hpv. Hal ini kerana bagi mengelakkan anda mendapat jangkitan hpv jenis yang lain.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.