ronaldrico890
3 tahun
Makanan Dalam proses diet
Hai saya seorang remaja berumur 19 tahun.Saya ingin bertanya tentang permakanan dlm proses diet.Jadi saya nak tanya boleh ke kalau saya ambil makanan bergoreng dlm proses dlm proses diet?Sbb saya sudah diet selama 2 Bulan Dan saya tidak pernah menyentuh pun makanan bergoreng.Tapi bila saya nak ambil rasa was2 untuk mengambil makanan bergoreng sebab takut akan kenaikan timbang nanti.Jadi apakah saranan dokter untuk saya?Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui tentang makanan yang sihat dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan dan mendapatkan berat badan yang ideal. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap individu digalakkan untuk memilih pemakanan yang sihat dan seimbang pada setiap hari bagi memastikan kesihatan tubuh badan dapat dikekalkan. Makanan yang sihat ini bukan sahaja memberikan tenaga, malahan ia akan menjadi sumber nutrisi kepada tubuh badan kita agar dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami diatas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut mengenai kebimbangan anda tentang makanan berminyak dalam diet harian anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih